FLUSH lah...
Poster 1:
Please Flush After Use/ Sila tarik flush selepas digunakan
Situasi:
Ramai yang tidak dapat menggunakan tandas awam apabila keadaan tandas sangat tak memuaskan. Bukan sahaja kebersihan tandas tak dijaga, terdapat juga pengguna yang tidak menarik flush tandas apabila najis dilepaskan. Ia seolah-olah menjadi tabiat buruk yang sangat membebankan orang lain.
Maksudnya:
“Takutlah tiga perkara yang menyebabkan pelakunya dilaknat iaitu membuang najis di jalan yang menuju sungai, di jalan raya dan di bawah pohon tempat perhentian”.
(Riwayat Abu Daud & Ibn Majah)
Berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa tempat-tempat yang dimaksudkan adalah tempat yang biasanya digunakan oleh orang ramai. Tandas awam khususnya seperti di masjid-masjid dan pasaraya juga digunakan oleh orang ramai.
Mengambil semangat daripada hadis ini iaitu untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lain, marilah sama-sama kita berusaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna seterusnya selepas kita dengan menarik flush agar tiada sisa yang menjijikkan terbiar.
Nasihat:..
BETULKAN YG BIASA>>BIASAKAN YG BETUL>>ALRITE!!!
Comments
Post a Comment