SYUKUR



3 peringkat syukur:

1) Syukur dengan ilmu (kenal siapa yang memberi; kenal apa nikmat itu; dan siapa dia yang diberi nikmat itu iaitu siapakah diri kita pada pandangan Allah).
2) Kesyukuran dirasai dalam hati atau dengan perasaan.
3) Buktikan rasa kesyukuran dalam bentuk perbuatan, contohnya dengan melafazkan alhamdulillah dan berterima kasih kepada yang memberi.



TAUHID

MengEsakan Allah iaitu Tuhan itu satu, tiada perbandingan.

Bagaimana mengTauhidkan Allah? Ada 3 peringkat:

1) MengEsakan zat Allah. Kita dilarang memfikirkan zat Allah. Maksud hadith, "Berfikirlah tentang kejadian Allah tetapi dilarang memikirkan tentang zat Allah." Sebagai contoh, kita dilarang berfikir bahawa Allah dijadikan daripada apa?

2) MengEsakan sifat-sifat Allah iaitu jangan disamakan dengan apa sahaja sekalipun! Sebagai contoh, kita tidak percaya kepada tangkal, kuasa pokok besar dan sebagainya.

3) MengTauhidkan atau mengEsakan perbuatan Allah. Maknanya, hanya Allah sahaja yang boleh memberikan kesan kepada sesuatu, sebagai contoh Allah yang menyembuhkan sesuatu penyakit. Maksud Surah As-Syuara, Ayat 80, "Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku." Namun manusia diminta untuk berikhtiar, antaranya pergi berjumpa doktor untuk menerima rawatan dan makan ubat dengan baik. Setelah berusaha, maka kita bertawakkallah iaitu menerima takdir atau ketentuan Allah.

Rumusan:
Setelah kita memahami dengan baik konsep tauhid, maka manusia itu akan mempunyai akhlak yang baik, insyaAllah.

Comments

Popular Posts