[gptd] Fw: [JANGAN BERSEDIH] (022) BEKERJALAH KAMU


...
From:
"shirajuddin@gmail.com"
...
View Contact
To:GPTD Emails

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Ciptaan Terhebat gmail.com>
Sender: ajkabimsel@yahoogro ups.com
Date: Mon, 2 Aug 2010 14:11:57 -0700 (PDT)
To:
ReplyTo: ajkabimsel@yahoogro ups.com
Subject: [ajkabimsel] [JANGAN BERSEDIH] (022) BEKERJALAH KAMU

BLOGGER_PHOTO_ID_5500923263242194802

Orang-orang bijak Yunani mengubati orang yang ditimpa keresahan, kesuntukan, dan penyakit psikologi lainnya dengan memaksa mereka bekerja di ladang dan kebun. Tidak berapa lama kemudian, pesakitnya pun kembali sihat dan tenang. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

"...makan berjalanlah kamu ke seluruh penjuru bumi." (Al-Mulk: 15)

"Dan katakanlah: 'Bekerjalah kamu sekalian..." (At-Taubah: 105)

Orang-orang yang bekerja dengan menggunakan tangannya sendiri adalah satu kelompok manusia yang lebih bahagia, tidak dibebani dan tenang sekiranya dibandingkan yang lain. Cuba perhatikan para pekerja itu, mereka memiliki fikiran yang bebas dan fizikal yang kuat dikeranakan aktiviti, pekerjaan, dan latihan yang mereka lakukan.

"Dan aku berlindung kepada-Mu (Ya Allah) dari kelemahan dan kemalasan." (Hadith)


KEPADA-NYA AKU BERTAWAKKAL

Diantara perkara-perkara penting yang harus dilakukan oleh seseorang hamba agar memperolehi kebahagiaan adalah menyandarkan diri kepada Tuhan, tawakkal dan merasa cukup dengan perlindungan, penjagaan dan pengawasan-Nya atas dirinya. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"...apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)." (Maryam: 65)

"Sesungguhnya pelindungku ialah Allah s.w.t yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh." (Al-A'raf: 196)

"Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah s.w.t itu tidak ada ketakutan bagi mereka dan mereka tidak pernah bersedih hati." (Yunus: 62)


PENGAJARAN
1. Berusahalah sahabatku, bekerjalah demi kebaikan diri dan menjadikan diri lebih baik. Sesungguhnya bekerja itu dituntut. Usahlah kita hanya mengharapkan pertolongan Allah tanpa datangnya usaha sebelumnya.

2. Selepas kita berusaha, serahlah segala usaha tadi dibawah nilaian Allah. Jika ia benar-benar dirahmati, maka pasti Allah akan memberikan ganjaran, bezanya adalah bila, sekarang atau pada masa depan?

3. Jika kita meyakini bahawa segalanya adalah dibawah kuasa dan percaturan Allah, mengapa seharusnya kita bersedih? Kerana ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Adil.




Petikan dari buku La Tahzan, buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran tulisan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Comments

Popular Posts