KARATE-DO untuk aku ajer.. its for me.. MISS~~~.

SUKAN

Skuad karate berlatih di Jepun

SKUAD karate kumite yang dianggotai 15 atlet bakal berlatih di Jepun dan Eropah sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA ke-26 di Indonesia pada penghujung tahun ini.

Jurulatih kebangsaan, P. Arivalagan berkata, latihan intensif selama seminggu itu akan bermula di Jepun pada minggu ketiga Ogos ini sebelum meneruskan misi mereka ke Switzerland selama seminggu pada awal September dan Istanbul, Turki pertengahan September depan.

"Jepun dan dua negara Eropah itu dipilih kerana mereka menerima dahulu pelawaan daripada kami.

"Bagaimanapun program akan berubah sekiranya kita mendapat pelawaan negara yang lebih dekat kerana sumber kewangan yang terhad," katanya semalam.

Arivalagan berkata, atlet negara akan dihantar secara berperingkat iaitu 10 orang ke Jepun dan lima lagi akan dihantar ke Switzerland dan Turki.

Beliau berkata, lima atlet ke Eropah itu merupakan antara yang mempunyai prospek merangkul pingat emas pada Sukan SEA Indonesia dari 11 hingga 22 November depan.

Mereka terdiri daripada G.I. Yaamini (61kg), Jamalliah Jamaludin (68kg ke atas), Mohd. Hatta Mahmud (84kg), Shahrudin Jamaludin (67kg) dan L. Kunasilan (60kg).

Katanya, atlet berkenaan menjadi sandaran meraih emas Sukan SEA 2011.

Comments

Popular Posts