Contoh tajuk berita senario di Malaysia
Salam semua
Oleh kerana kita menghormati pendapat setiap orang dan kita merasakan setiap orang berhak memberi pendapat mengikut selera dan persepsi dari sudut yang berbeza, maka, begitu jugalah bila sesuatu isu itu berkumandang di media-media negara ini baik media cetak mahupun elektronik.
Baca sendiri tajuk-tajuk di bawah dari media yang berbeza HANYA berdasarkan satu isu yang mudah sahaja..
Kisah sebenar:
Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi dan dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.
>Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari”
>
>Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan”
>
>Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang”
>
>Harakah – “Kami tiada beca”
>
>Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah”
>
>Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat”
>
>Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca”
>
>Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”
>
>Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”
>
>Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi”.
> Suara Keadilan -"DNA pengayuh beca dicari".
> Roket -" Satu Suruhanjaya Menyiasat Kematian Nenek mesti ditubuhkan segera"
>
>
__.
Comments
Post a Comment