eBeam Edge : Penyelesaian Mudah Kepada Persembahan Interaktif

http://www.iluvislam.com/kerjaya/tips/9919-ebeam-edge-penyelesaian-mudah-kepada-persembahan-interaktif.html

eBeam Edge yang dihasilkan oleh Luidia Inc. (US) adalah penyelesaian mudah kepada persembahan digital dengan menjadikan sebarang permukaaan rata yang dipancarkan projektor LCD sebagai interaktif seperti paparan sesentuh (touch screen). Kombinasi eBeam Receiver dan eBeam Stylus Pen membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung dengan paparan pancaran projektor LCD tanpa menggunakan tetikus atau papan kekunci seperti mana persembahan biasa.
Pengguna boleh berinteraksi dengan teks, imej, ikon, butang, atau apa sahaja yang dipaparkan pada skrin seolah-oleh menggunakan tetikus biasa. Bagi fungsi menulis, perisian Text Recognition membolehkan sebarang contengan berbentuk teks diterjemahkan ke bentuk teks komputer. Tidak terhad kepada slaid persembahan, pengguna boleh melukis atau menconteng pada ruang kerja perisian eBeam yang seterusnya dirakamkan pada komputer sama ada dalam bentuk video atau imej. Pengguna boleh memilih (select), mewarnakan (highlight), menggariskan, menulis, melukis atau menconteng pada mana-mana paparan antara muka yang dipancarkan bagi tujuan penyampaian maklumat dengan lebih jelas yang seterusnya membantu pemahaman pendengar.
Gabungan antara eBeam Edge, perisian eBeam Suite, kamera web (web cam) dan alatan audio komputer membolehkan segala interaksi pada skrin, penyampaian presenter, dan audio persembahan dirakamkan dalam bentuk video bagi tujuan rujukan dan arkib (archive). Fungsi ini memberi kelebihan kepada pengguna untuk tidak mengulang kepada apa yang disampaikan.
ebeamedge_manos
Persembahan dan interaksi dengan paparan pancaran projektor LCD menggunakan eBeam Edge boleh dikongsikan secara masa nyata (real time) menerusi Internet online dengan pihak lain. Kemudahan ini membolehkan perbincangan, mesyuarat, kelas, atau persembahan diadakan serentak dengan pelbagai pihak walaupun pada lokasi berlainan dengan paparan projektor LCD yang sama.
Saiznya yang kecil (lebih kecil berbanding tablet) membolehkan eBeam Edge dimuatkan dalam beg komputer bimbit. Tambahan pula, berat eBeam Edge lebih kurang berat telefon pintar memudahkan dibawa ke mana-mana. Pengguna tidak perlu risau tentang pengguna kuasa tambahan kerana eBeam Edge mengguna kuasa dari USB port komputer manakala stylus pen eBeam Edge hanya menggunakan satu bateri bersaiz AAA.
Penggunaan eBeam Edge amat mudah tanpa memerlukan proses pemasangan yang rumit. Pertama pengguna perlu memasang perisian eBeam Suite yang dibekalkan bersama dengan unit eBeam Edge. Sebagai makluman, perisian eBeam Suite turut disediakan bagi pengguna Mac OS dan Linux (Beta). Secara ringkas, berikut adalah cara penggunaan eBeam Edge;
1. Pancarkan projektor LCD kepada dinding atau papan putih,
2. Lekatkan eBeam Edge pada dinding atau papan putih menggunakan plat magnet yang dibekalkan,
3. Sambungkan kabel USB eBeam Edge ke USB port komputer,
4. Sesuaikan kedudukan pancaran projektor LCD dengan x-y dot point eBeam Edge,
5. Mulakan persembahan interaktif anda dengan stylus pen eBeam Edge!!
Fokus utama pengguna eBeam Edge ialah institusi atau individu yang terlibat dengan pendidikan dan latihan iaitu yang sentiasa menggunakan komputer dan projektor LCD dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak terhad itu sahaja, eBeam Edge membantu ahli akademik mempersembahkan hasil kajian dengan lebih jelas, interaktif serta menarik terutama dalam seminar akademik. Fungsi eBeam Edge boleh diperluaskan kepada syarikat-syarikat korporat yang memerlukan penyelesaian kepada persembahan interaktif bagi tujuan perbincangan dan mesyuarat sama ada di satu atau pelbagai lokasi.
Selain itu, individu seperti eksekutif jualan dan pemasaran mampu menjadikan penerangan dan persembahan produk dengan lebih menarik dan interaktif serta melibatkan penyertaan pendengar kepada penerangan mereka. Secara ringkas, sesiapa sahaja yang sentiasa terlibat persembahan digital memerlukan eBeam Edge sebagai penyelesaian kepada persembahan digital interaktif.
Pengguna boleh mendapatkan eBeam Edge dari Intelifix Engineering selaku pengedar sah bagi kawasan Malaysia. Maklumat mengenai Intelifix Engineering adalah seperti berikut;
- Intelifix Engineering, 12B, Jalan Diplomatik 2/1, Presint Diplomatik, 62505 Putrajaya,
- Telefon : +603 8888 7436 | +603 8861 1990,
- Faks : +603 8861 1990,
- Laman web : http://www.intelifix.com,
- E-mel : intelifix.engineering@gmail.com / saffi@intelifix.com.
Dengan pelbagai kelebihan dan fungsi ditawarkan eBeam Edge ditambah lagi dengan saiznya yang mudah dibawa serta pemasangan yang ringkas, eBeam Edge ditawarkan dengan pakej berikut;
1. Satu set lengkap eBeam Edge,
2. Perisian eBeam Edge Education Suite,
3. Empat set stylus nips iaitu sensor point bagi stylus pen eBeam Edge,
4. Pemasangan dan latihan penggunaan eBeam Edge,
5. Perisian text recognition dan meeting tools yang boleh dimuat turun secara percuma dari e-beam.com,
6. Waranti tujuh (7) tahun,
7. Sokongan dan penyelenggaraan selama dalam waranti.
Maklumat lanjut mengenai eBeam Edge boleh dilihat di YouTube : eBeam Edge.



Comments

Popular Posts