TUNGGU TEDUH DULU..

Wednesday, July 26, 2010

keinginan dan pemilikan
Bismillahirrahmanirrahim.Bercakap tentang soal hati dan perasaan, saya kira saudara Faisal Tehrani telah berbicara lebih dalam karyanya; Tunggu Teduh Dulu.Bersama-sama kita hayati, pedoman buat jalanan.
TUNGGU TEDUH DULU
Bab 16
................ "You're my soul mate," kata saya lemah. Semacam terpaksa mengakui kebenaran kata-kata Teh Sofia. "Emm, banyak sangat abang. Err, kau ambil sajalah budak-budak di ladang kita tu. Ated ada,Zico ada, Ridzuan ada, hah nak tukar selera ambil budak Bangladesh tu, Mujibur Rahman, Chittagong mari! Bulu pun banyak...sekali pandang macam hero Dil Chahta Hai." "Kurang ajar!" Saya ketawa terpingkal. Teh Sofia lebih ketawa. Luruh sementara segala debar risau, segala degup khuatir dan setiap deru masalah yang tepu dalam kepala dengan gurau Teh Sofia tadi. "Kau sendiri macam mana? Buat apa masa hibernasi? Masih tak jawab soalan aku?" "Ya, mula-mula fikir macam nak sambung belajar sahaja di Sydney, tapi kemudian aku jatuh cinta." "Jatuh cinta?" Teh Sofia ketawa keanak-anakan. "Cepatlah cerita." Saya mendesak. Teh Sofia senyum. "Meninggalkan kau rupa-rupanya ada hikmah juga." Mata saya bersinar. "Ceritalah, aku dah sedia mendengar." Teh Sofia membuka tas tangan mengeluarkan dompet lamba-lambat. Saya jadi berdebar. Jadi tidak sabar. "Cepatlah, Pia!" Teh Sofia ketawa, "Sabar, dong." Dia mengunjukkan sekeping gambar. Seorang lelaki berambut amat pandak, hampir botak. Matanya sepet bening dan bermuka bundar. Senyumnya membuatkan dagu itu sedikit memanjang. "Cowok Indonesia, Sal. Jumpa di Sydney. Masih belajar di sana. Buat doktorat." "Wah, bukan main! Tinggalkan cinta pertama, dapat cinta yang lain." Teh Sofia berkaca matanya merenung saya. Dia memegang tangan saya, perlahan menggenggam. "Aku sangat berubah kerana Dendy." "Dendy? Oh, namanya Dendy?" "Perubahan itu, Sal bukan kerana terngiur atau terpesona pada yang bukan-bukan lagi." Teh Sofia menghela nafas. Saya lihat warna wajahnya memang memerah kerana dikuasai cinta. Jika bukan terpesona apa lagi? Teh Sofia meneguk teh yang baru tiba. Pelayan pergi. "Dendy mengajarkan aku cinta yang lebih mulus." "Jangan tinggalkan aku dalam teka-teki, sih...macam mana kenal, di mana?" Saya cuba berseloroh. "Sal, apa dan bagaimana itu bukan lagi keutamaan. Aku sedar setelah berselisih faham dengan kau berebutkan Kamil, aku kian faham satu perkara yang jelas." Saya telan air liur. Mendengar nama Kamil, jantung saya seakan bergoncang. "Berbulan aku rasa merana kerana kecewa mendapat Kamil. Kemudia Dendiy hadir dalam hidup dan mengajar aku tentang banyak perkara. Aku temui teman-temannya dan belajar lagi, ya, dalam Islam kan proses belajar itu panjang dan sentiasa. Aku diajar bahawa penderiaan adalah kerana keinginan dan pemilikan, ia muncul kerana ada kelekatan atau attachment. Aku terlalu bergantung hingga lupa pergantungan yang lain." Saya memasang telinga. Sangat berminta. Teh Sofia barangkali telah masuk ke wilayah baru, dunia perenial. "Aku sering menceritakan keinginan aku terhadap Kamil kepada Dendy. Dan dia suka mengungkap rasa yang dipendam dengan puisi. Ya, ada bayang Kamil padanya." Saya membundar mata, lebih merenung Teh Sofia. Dalam hati berbisik, sahabat akrab saya ini telah berubah. "Dia mengutus aku puisi Emha Ainun Nadjib, seorang penyair besar Indonesia menerusi SMS. Aku hafal luar kepala, puisinya berbunyi: Tuhanku/sungguh ganjil/bagaimana biasa sekian lama/aku terngiur oleh yang bukan Engkau. Puisi itu ternyata amat menyentuh, Sal. Saya diam. Separuh melongo. Sama sekali bukan Teh Sofia yang saya kenali. "Kelekatan atau attachment aku kepada keghairahan terhadap Kamil adalah sumber ketidakbahagiaan aku. Ia sumber yang menjauhkan aku daripada manusia. Kamil jadi maya untuk diriku buat beberapa lama hinggakan aku menomborduakan Tuhan." Teh Sofia berhenti. Tersenyum melihat saya semacam diliputi ganjil. Teh Sofia lebih kukuh menggenggam tangan, "Keinginan dan pemilikan itulah yang mampu memberi kita keselesaan dan kebahagiaan sementara, tapi tak mampu menjadikan aku insan dengan manusiawi yang sejati." "Pia, Dendy ubah kau jadi semua ini?" "Dia sedarkan aku, Sal. Syukurlah aku sedar, aku sangat kecewa degan kau dan Kamil asalnya, tetapi kini aku lebih tenang." Saya bersandar. Apakah yang harus saya katakan kepada Teh Sofia?" "Aku gembira Sal sebab sempat melihat dan merenung ke dalam diri. Tak lama tempoh itu, tapi aku benar mengasingkan diri. Dari situ aku temui Dendy yang mulia dan luhur sebagai lelaki. Dari situ aku kenal cinta itu bagaimana pengertianna, bagaimana harus ia dirai. Saya menghela nafas. "Apakah kau akan membuang dunia sekarang ini?" Teh Sofia ketawa halus. Saya rasa semacam diejek. "Mengapa pula aku harus buang dunia, Sal? Malah aku lebih mencintai Dendy setelah semua ini. Hidup aku jadi merdeka luar dalam." Teh Sofia bersungguh menyeluruhi saya. "Aku jadi sedar selama ini akulah manusia yang dikatakan Allah dalam surah Al-Furqaan itu, bahawa aku menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Hawa nafsu kepada Kamil." "Kau yakin kepada siapa? Err, Dendy?" "Ya, dia malah menyedarkan aku tentang cinta yang sebetulnya. Cinta penuh mawaddah dan rahmah Illahi." "Wah, lain sekali kau, Pia!" Saya hilang kata-kata untuk membalas. Teh Sofia ketawa. Masih keanak-anakan, masih ada getar nakal. "Enggak, aku okey saja, dong!" Teh Sofia melanjutkan tawa. Saya merenung Teh Sofia lagi, semacam dia seseorang yang asing setelah cerita-cerita yang dihambur itu. Memang terlihat bebas jiwa merdeka pada matanya. Mata itu masih bening cantik, tapi jauh lebih bermaya berbanding dahulu. Mungkin kerana Dendy, mungkin juga kerana Teh Sofia sudah ada pegangan baru. Saya diam, mengelamun. Kamil dan Lam, tidakkah mereka terlalu berkeinginan, tidakkah mereka lelaki yang amat mahu memiliki hingga masing-masing jadi derita sengsara oleh pesona yang sebentar? Dan saya, tidakkah terlalu mendera diri kerana keterikatan yang hampir sama? "Rombongan Dendy akan datang untuk melamar minggu depan," kata Teh Sofia. "Ah Pia, aku tumpang gembira, tahniah! Wah, kau akan jadi orang seberang!" Saya melahirkan ucap bicara dengan ikhlas, sangat tersentuh bercampur haru. Saya cium kedua-dua belah pipi Teh Sofia. "Kau jadi pengiring nanti, ya?" Saya angguk. "Kau akan tinggalkan aku seorang lagi nampaknya." "Emm, siapa pula kata begitu? Hah, sekarang kita cerita hal ladang...banyak yang aku tak thau, banyak yang aku tinggalkan." Saya getap bibir. Semacam kata-kata itu berlawanan. Bahawa Teh Sofia yang telah jauh meninggalkan, seolah-olah saya yang tidak tahu dan berada di belakang. Tuhan, beri aku ketenangan yang sama, bisik resik saya dalam hati.
................
Sumber: Faisal Tehrani; Tunggu Teduh Dulu 2008; Bab 16; 226-231Wallahua'lam.p.s: buat diri, juga teman.

Comments

Popular Posts