Gurau Senda Ada Batasnya






Situasi:
Gurau senda perlu ada untuk mengukuhkan sebuah ikatan seperti ikatan kekeluargaan, persahabatan dan persaudaraan.


Ia merupakan perkara biasa dalam kehidupan kita. Gurauan akan mencetuskan gelak tawa orang di sekeliling. Kebiasaannya kita bergurau untuk menyakat orang lain, mungkin sekadar main-main. Ketawa memang seronok tetapi apabila diri sendiri menjadi bahan tawa ia boleh membawa kepada keburukan. Mungkin ada yang tidak kisah, ada yang ambil hati dan mungkin juga boleh jadi tidak mahu bertegur sapa akibat gurauan yang berlebihan.


Ada yang tidak sedar apabila bergurau kita mungkin akan berbohong. Hampir setiap gurauan pasti ada lawak yang direka-reka, perli-memerli dan kata-mengata.


Islam mengharuskan gelak tawa, gurau senda sebagai hiburan jiwa. Cukuplah bersederhana dan tidak perlu untuk berdusta semata-mata untuk tertawa. Sabda Rasulullah S.A.W:


Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan,
selain yang benar.”

Comments

Popular Posts