Tajuk: Nasi Lemak 50sen
Tepat jam 10.30 pagi loceng bordering..ringgggggggg!!!! menandakan rehat@break @recess time, di waktu kesesakan ramainya manusia yang bergelar murid, sedang berbaris dan bergurau senda bersama rakan-rakan mereka, inilah saat-saat yang dinantikan oleh murid-murid setelah penat menumpukan perhatian dalam kelas sejak 7.30 pagi tadi, ada seorang..
“kamu nak apa?”tanya Mak Cik Joyah.
“Nasi lemak 50 sen cam biasa cik” jawab Ryzal.
“lauk apa nak?” kata Mak Cik Joyah.
“Namanya pun 50sen cik, nak lauk ikan bilis, telur rebus separuh, sambal lebih tambah timun lebih, boleh ke? ”tanya Ryzal.
“Boleh..kalau semua nak lebih, duit pun kena lebihlah.”jawab Mak Cik Joyah sambil menghulurkan nasi lemak 50sennya, walaupun dingin tapi dalam hatinya ada taman, hatinya murni.
Tiba-tiba, saat mula Ryzal mahu mengambil nasi lemak tersebut..
Orang yang paling tidak disukainya berjalan terus ke arahnya, lantas terus menolak Ryzal dengan sengaja, dari tempat tertegaknya dia di situ. Longkang terbuka mulut menganga nasi lemak 50 sen yang terjatuh dan terburailah isi perut bungkusan itu.
“Kamu kenapa hah?!!!” sergah Cik Joyah pada Botak yang menunjukkan muka ‘kelapa penyek’ tanpa perasaan. Maka, terkeluarlah suara garau Mak Cik Joyah apabila menjerit bak ketua komanden member arahan pada platunnya. Seluruh kantin bergegar dan memandang ke arahnya seketiaka. Ryzal hanya mampu melihat nasi lemak 50sen itu dimakan oleh longkang.
“Alaa Cik Joyah ni, saya boleh gantilah nasi lemak tu” jawapan angkuh diberi dari Botak.
“Hah berapa nak bayar balik ni? 50 sen saja kan?..Ambik ni !! 50 sen pun kecoh..!” lagi jawapan kasar diberi. Di tambah lagi dengan balingan duit 50sen ke arah Mak Cik Joyah.
Tanda kurang ajar melonjak naik dan membuak-buak. Manakala Mak Cik Joyah membuak-buak menahan marah.
“Choi!! Isk budak Botak ini makin mencabar tahap kesabaran aku”. Terlepas bahasa Cina dari mulut Mak Cik Joyah. Si budak bernama Ryzal, hanya mampu diam dan tergamam. Walaupun nasi lemak 50 sen, tapi ianya masih rezeki yang diberi oleh Allah.
Cuba bayangkan kalau sehari kita tak dapat makan, tak mampu minum, tak mampu melihat, tak mampu mendengar,tak mampu minta maaf pada orang, semua nikmat itu tak dapat dirasai lagi. Maka mintalah maaf dan ampun selagi mampu dan masih ada waktu. Walaupun makcik nasi lemak 50sen itu sangat tua dan sabar, tapi tanpa dia mesti ramai murid sekolah tidak akan dapat meraa nasi lemaknya. Inilah yang dikatakan bergurau senda ada perlu kena pada tempatnya. Akibat Botak,kosonglah perut si Ryzal, rugilah 1 nasi lemak 50sen Cik Joyah yang amat terkenal di abad itu. Botak perlukan pengajaran dan kefahaman tentang adab.
Dr. Wahbah Zuhaily ada mengatakan dalam salah satu kuliyyahnya, yang diolah semula oleh En. A____ (kalau ada kesalahan fakta mohon diubah) di siri pengkisahan ABIM, AKHLAK itu terdiri dari tiga iaitu pertama hak asasi manusia, kedua insane(manusia) dan ketiga adab. Oleh itu 1Bulan 1 Adab perlu dijadikan kempen besar-besaran agar semua mampu mempraktikan.
Ku akhiri celoteh ini dengan :
“Fikirkan dan amalkan ,tambahkan persaingan dan amalan,
moga jadi bekalan, sepanjang zaman”
~ceritera ini akan bersambung~
~ghunter_6.10pm_wisma genting~
Comments
Post a Comment