SAYA TIDAK TAHU …I DON't KNOW
“Encik ini doktorkah?” seorang rakan FB yang baru saya ‘approved’ bertanya di dalam ruangan chatting FB.
Dengan merendah diri, saya menjawab, “Ya..”
“Doktor merawat apa..?”
Macam malas nak melayan, tapi demi siratur rahim saya menyambung, “Saya merawat manusia..”
“Doktor ini doctor pakar apa?”
“Saya doctor tapi tak pakar..”
“Kalau tak pakar, kenapa jadi doctor..”
Fuh, boleh tahan loyar buruk. Saya segera memberi salam dan memadamkan computer.
Orang yang bijaksana adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan memberikan jawapan pada setiap soalan yang diberikan. Orang yang bijaksana akan bersifat berhati-hati dalam perbuatan mahupun perkataannya.
Imam Ghazali memberitahu dalam kitab Ihya Ulumuddin mengenai akhlak orang yang bijaksana sebagai:
“Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain."
Orang yang bijaksana akan berhati-hati apabila diminta memberikan pendapat dan hanya bersandarkan kepada kajian dan ilmu yang mereka mahir, bukannya bercakap mengikut emosi atau andaian-andaian saja.
Mereka harus sedar bahawa pandangan orang yang bijaksana sering kali dijadikan rujukan oleh masyarakat.
Kemuliaan orang yang bijaksana dan orang yang berilmu bukan saja pada ketinggian ilmu yang mereka perolehi dari pusat-pusat mengajian tinggi, tetapi juga berdasarkan sikap berhati-hati mengeluarkan pendapat.
Mereka amat merendah diri (tawaduk) walaupun mungkin segelintar orang akan menganggap bahawa mereka sebagai seorang yang kurang berpengetahuan. Orang bijaksana harus sedar walaupun mereka berilmu pastinya diri mereka juga punya kelemahan.
Oleh itu jika rakan-rakan FB membaca blog yang saya tuliskan, saya hanya membicarakan tentang pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Masalah yang kompleks harus ditanyakan kepada doctor yang merawat, bukan pada saya. Saya hanya memberikan panduan agar mudah mereka memahami penyakit yang dialami.
Jarang saya memberikan diagnose dan menyatakan rawatan. Bukan saya tidak tahu tetapi saya merasakan lebih elok doctor yang mememeriksa, dan merawat memberikan penjelasan kepada pesakit. Jika tidak jelas, saya akan membantu menjelaskannya. Bukan mengambil alih tugas doctor yang merawat ini untuk mendiagnosa dan mencadangkan rawatan.
Saya pernah menulis “Maaf, saya tidak ada pengetahuan memngenai soalan yang puan tanyakan..”
Pelikkan. Bagaimana seorang doctor tidak tahu ?
Pada saya, apa yang lebih pelik lagi jika saya berkata “saya tahu” terhadap pertanyaan yang ditulis dalam satu baris ayat dan orang yang bertanya mengharapkan penerangan yang panjang mengenai masalah penyakit yang dihadapinya bertahun-tahun.
Apatah lagi jika dia telah menerima rawatan dari pelbagai doctor dan menjalani pelbagai ujian darah, radiology dan segala pemeriksaan yang bertaraf hi-tech.
Saya bukan ‘professor serba-tahu’. Saya mahu berhati-hati terhadap apa yang saya ucapkan dan saya tuliskan.
Ciri-ciri ini telah ditunjukkan oleh ulamak-ulamak hebat zaman salafus soleh yang mempunyai kualiti ilmu, iman dan takwa yang tinggi di sisi Allah. Mereka tidak malu untuk berkata “saya tidak tahu” bagi sesuatu permasalahan yang mereka kurang mahir.
Mustahil bagi seorang manusia biasa, walaupun betapa hebat ilmu pengetahuannnya boleh menjawab semua soalan yang ditanyakan. Kebinaasaan itu berlaku bukan kerana kita mengatakan ‘tidak tahu’ tetapi apabila kita ‘berlagak tahu’.
Mengaku ‘tidak tahu’ bukanlah satu tindakan bodoh, tetapi adalah sikap berhati-hati terhadap ilmu Allah. Setiap perkataan dari orang bijaksana ini akan menjadi tanggungjawab untuk dijawab di hadapan Allah.
Oleh itu sikap ‘berlagak tahu’ dan ‘professor serba tahu’ adalah sikap yang kurang beriman kerana tidak takut pada setiap perkataan yang akan dibicarakan di hadapan Allah nanti.
Dalam satu riwayat hadis ada menyebut.
"Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri.'
Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar."
(Direkodkan oleh Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar).
Ini adalah sunnah dan teladan kepada kita umatnya, pengajaran yang sangat besar ada di sana yakni kejujuran dan kebenaran adalah lebih penting daripada kesombongan mengaku ‘serba tahu’..
Comments
Post a Comment